Wednesday, January 4, 2012

Abaya-Sharing is Caring



Sharing is Caring.....

Jubah atau abaya hitam adalah pakaian wanita yang senonim dengan Wanita Arab.

Abaya  yang juga dipanggil Aba adalah pakaian wanita yang simple dan tidak ketat dan dipakai oleh kebanyakan wanita di Negara  Islam termasuk Turkey, Afrika, Semenanjung Arab dan di Asia Tenggara.

Di Malaysia dan Indonesia nama kebaya wanita adalah dari nama Abaya
Apa yang anda tahu mengenai abaya atau jubah? Ada pendapat yang mengatakan jubah telah wujud sejak 4000 tahun dahulu sejak dari zaman purba Mesopotamia atau yang sekarang dikenali sebagai Negara Iraq, dimana di ketika itu Islam telah muncul dan pengetahuan mengenai penutupan badan bagi wanita telah diwar-warkan.

Di zaman jahiliah, wanita berpakaian dengan menampakan tengkuk, dada dan bahagian badan mereka. Jadi , dengan kedatangan Islam perintah untuk menutup badan dan rambut telah diturunkan untuk menghormati status wanita.

Di Negara Arab wanita yang memakai Abaya dianggap dari golongan atasan dan keluarga ternama yang tidak berkerja. Ini membezakan mereka dari golongan pembantu dan perempuan jalanan yang tidak menutup badan.

Banyak orang berkata kenapa Abaya mesti berwarna hitam? Ini adalah kerana warna hitam adalah warna yang sesuai dipadankan dengan assessori wanita lain seperti tudung contohnya. Namun untuk Negara Muslim yang lain seperti Malaysia dan Indonesia contohya abaya atau jubah sekarang datang dalam pelbagai warna dan corak. Malahan kebanyakan wanita berkerjaya sekarang memakai Jubah dan tampil elegant dan bergaya.

Jubah yang tidak bercorak contohnya cantik digayakan dengan mengunakan kasut boot yang tirus. Jadi anda boleh tampil cantik , sopan dan bergaya dengan koleksi jubah kami di Dayang Koleksi

Sila add kami di FACEBOOK : DAYANG KOLEKSI atau lawati blog kami di
http://dayangkoleksi.blogspot.com/  untuk melihat dan membeli jubah  & abaya terkini….

Our Sales rep wearing black Abaya....

No comments:

Post a Comment