Monday, February 6, 2012

Indahnya Buku Bersyariat...

Salam Maulid....

Alhamdulillah....hari ini kami baru sahaja menerima tempahan buku yang amat berguna dan wajib disimpan oleh setiap individu yang ingin mempertingkatkan ilmu fardu ain. Tempahan tersebut adalah untuk kegunaan kelas fardu ain yang akan dibuka pada sabtu ini 11hb Febuari 2012 bersamaan dengan  18 Rabiulawal 1433H di surau Darul Sakinah Jalan Astana, Kuching Sarawak. Hajat seorang sahabat Iqra Puan Alina Abdul Razak yang mengurus kelas tersebut telah kami tunaikan. Mudah-mudahan dengan bantuan kami kelas tersebut sentiasa dalam keberkatan ilmu yang berterusan......Jadi buat warganegara Kuching yang ingin menambah ilmu pengetahuan anda dalam kelas fardu ain, silalah datang ke :
Surau Darul Sakinah, Jalan Astana setiap hari Sabtu bermula jam 9.00 -11.00 pagi....

dan kelas ini adalah percuma untuk insan yang dahagakan ilmu....Tambah Ilmu dan Tambah Amal.....


Indahnya Buku bersyariat adalah kamus Fardu Ain yang mesti dimiliki oleh setiap Individu, untuk pembelian sila hubungi kami di talian , pembelian secara online di facebook atau berkunjung sendiri ke premis kami.....

No comments:

Post a Comment